"dyla,janji dengan aku,jangan tinggalkan aku tau"
daripada baik ke buruk,daripada buruk ke arah baik,daripada sombong ke periang,daripada periang ke sombong,dan begitu la seterusnya.dyla tatau kenapa situasi yang malang boleh terjadi pada tahun terakhir persekolahan 2011 ini. apa salah dyla ya allah?
bukan nak mengungkit atau mengumpat,tapi dyla terlalu sayang sangat akan seorang sahabat dyla yang dyla
menganggap beliau sbagai diary di sekolah.dyla terlalu menghargai dan menghormati beliau.tetapi dalam masa yang sama,dyla seperti diperbodohkan. setiap kali bercuti ke mana mana,dyla kerap sekali membawa pulang
cenderamata untuk beliau.w'pun bukan hari lahir beliau juga,dyla kerap memberi beliau hadiah dan sebagainya.
di saat beliau sedih juga,dyla sanggup ke 7eleven dan membelikan beliau chocolate ferrero rocher bagi mengubat hati yang terluka kerana masalah keluarga.
tetapi..apa beliau pernah berbuat sedemikian kepada dyla?
tidak sama sekali.
sepanjang berkawan dengan beliau,tidak pernah sekali pun beliau membelikan dyla apa apa yang bole
menunjukan tanda persahabatan antara kiteorang.birthday dyla pada setiap tahun juga,tidak pernah beliau menghadiahkan dyla apa apa.di saat dyla tidak membawa duit ke sekolah,tidak pernah sekali pun dia menghulurkan duit kepada dyla untuk membeli makanan..itu pun dyla yang kena pergi meminjam kepada dia.sedangkan dia,jika dia tidak bawa duit ke sekolah,dyla tetap beri dia pinjam duit untuk membeli makanan.kerana dyla tidak bole melihat sahabat dyla kelaparan. kadangkala,dyla tidak minta dipulangkan pun duit yang dipinjam.dyla halal kan sahaja.
tetapi beliau?
yea,dyla tau..pasti kalian semua fikir dylakan orang senang,memang patut la.
tetapi bukan begitu caranya melayan seorang sahabat.
bila beliau bergaduh dengan si 2,pasti beliau akan mencari dyla.pada masa yang sama beliau akan mngadu itu ini dan sebagainya.kenapa disaat beliau memerlukan dyla,baru beliau ingin mencari dyla dan meluahkan segala galanya? kenapa bukan setiap hari?
benar kata luffy,dyla seperti tidak dihargai.dan lebih tepat sekali kerap diperbodohkan.
yea,diperbodohkan oleh sahabat sendiri. dyla tidak minta dia belikan dyla itu ini.malah dyla tidak pernah mngharapkan apa apa daripada beliau. dyla cuma mahu beliau menganggap dyla sahabat dia.
sahabat yang dihargai.tetapi dyla tengok,hanya dyla yang terkejar kejar ingin berkawan dengan beliau.pagi petang siang malam dyla menangis memikirkan tentang beliau.
sedangkan beliau? relax and steady jea.yea,maybe sebab dyla dan si 2 dulu pernah gaduh disebabkan beliau ini.so,tidak hairanlah jika dyla ta nak berkawan dengan beliau.kerana jika tiada dyla,pasti si 2 bole menjadi pngganti.
ekin pernah cakap pada dyla pergi sekola then balik sekolah.ta payah kisah2 kan sangat pasal benda2 macam ni.fokus dekat exam yang bakal menanti ni.tunggu jea,mesti nanti diorang cari dyla balik.tade kawan ta mati la dyla.
ya,ada benar juga kata kata ekin tu.hurmm..tapi dyla sedih sangat sangat.ta apa lah.
mungkin ada sesuatu petanda yang baik disebalik hikmah yang malang ini.
No comments:
Post a Comment